PBS

PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
 Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Oleh itu, perkembangan pembelajaran murid ditaksir  berdasarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.




PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU

Guru-guru yang ingin mendapatkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Bahasa Melayu Tingkatan 1 , 2 dan 3 , boleh 'link' ke alamat berikut:;

TINGKATAN 1
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/pppmMen/Tingkatan1/PPPMBAHASAMELAYUTingkatan1.pdf

TINGKATAN 2
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/pppmMen/Tingkatan2/PPPMBAHASAMELAYUTingkatan2.pdf

TINGKATAN 3
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/pppmMen/Tingkatan3/PPPMBAHASAMELAYUTingkatan3.pdf




No comments :

Post a Comment